Kelas Intel & Keusahawanan
Untuk makluman, Setiap bulan PI1M Sungai Pelajau Kapit ada mengadakan Kelas Intel dan Keusahawanan setiap bulan dengan harga yang berpatutan. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mendidik para peserta agar menggunakan internet dan media sosial untuk tujuan promosi dan pemasaran produk perniagaan.
Antara topik-topik yang telah diajar adalah seperti kaedah pemasaran atas talian, emel, latihan membangunkan laman web perniagaan, mencipta blog perniagaan menggunakan WordPress dan kaedah pemasaran melalui laman sosial serta laman web. Selain itu, aktiviti sampingan iaitu taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) turut disertakan bagi mendidik para peserta agar menggunakan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab. Peserta akan diberikan sijil pengakuan dari Intel sendiri.
.
