Sungai Pelajau
Sungai Pelajau terletak di bahagian Kapit,7 km dari pusat bandar kapit,Sungai Pelajau didiami seramai 3000 lebih penduduk.Kegiatan ekonomi utama pendduduk di sekitar Sungai Pelajau adalah pertanian sara diri dan komersil,Luas kawasannya adalah 3,934 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit, Belaga dan Song. Ketiga-tiga daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kapit. Jumlah penduduk di bawah pentadbiran majlis daerah ini berdasarkan banci tahun 2000 adalah 98,841 orang. Jumlah penduduk untuk daerah Kapit sahaja berjumlah 56,709 orang.
Majoriti penduduk Kapit terdiri daripada kaum Iban diikuti kaum Cina dan Melayu. Kapit amat terkenal dengan hasil buah dabai dan durian. Bandar Kapit terletak di tepi sungai Rejang. Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan Song dan Belaga.
Mercu tanda
- Muzium Kapit – rumah yang menyimpan koleksi seni terbaik dari hasil kerja etnik-etnik pedalaman, kerajinan dan sketsa serta warna air kehidupan di sepanjang sungai-sungai besar.
- Kubu Sylvia
- Tokong Cina Hock Leong Tieng
- Pasar Teresang – pasar basah

