mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY JUN

Tajuk: Memahami Risiko Siber Dalam Online Gaming
Tarikh: 20 Jun 2025
Masa: 2.30 pm – 4.30 pm

Lokasi: NADI Sungai Pelajau
OBJEKTIF PROGRAM:
Webinar ini memberi pendedahan tentang pelbagai risiko siber yang wujud dalam dunia permainan atas talian (online gaming). Antara ancaman yang dibincangkan termasuklah serangan penggodam, pencurian akaun permainan, perisian hasad (malware), buli siber, dan penipuan pembelian dalam permainan. Peserta akan didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan seperti tidak berkongsi maklumat peribadi, menggunakan kata laluan yang kuat, serta mengenali tanda-tanda penipuan dalam permainan. Tujuannya adalah untuk memastikan pengalaman bermain dalam talian lebih selamat, menyeronokkan, dan bebas daripada ancaman siber.