mcmc
Laporan Aktiviti

Lawatan Tadika Kemas

   

 

Maaf lambat mengkemas kini kan portal,disebabkan talian internet di Pusat Internet sangat menyedihkan.

Pada 22/10/2016 Pusat Internet telah menerima lawatan sambil belajar ke Pusat Internet Sungai Pelajau,pusat internet Sungai Pelajau sangat berbesar hati menerima kehadiran adik adik comel dari Tadika KEMAS Rh Madang,untuk makluman semua teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) semakin memain peranan semakin penting dalam kehidupan kita seharian. Melalui dunia ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lengkap yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diterokai. Dalam system pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pelajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak pra-sekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.

Pendekatan ini digunakan untuk:

  1. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Memperolehi maklumat.
  3. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
  4. Memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Berikut merupakan aktiviti bersama dengan adik adik dari tadika RH Madang dengan Pihak PI1M:

Perlaksanaan aktiviti:

  1. Pembentangan slide berkenaan PI1M.
  2. Video PI1M.
  3. Klik Dengan Bijak (KDB) slot Pembuli Online
  4. Belajar mengenali perkakasan komputer
  5. Kuiz Kenali Perkakasan Komputer (murid dan cikgu)
  6. Crossword Puzzle KDB (cikgu)
  7. Mewarna menggunakan Paint (murid)