ROTI CANAI GORENG KAPIT
Setiap tempat mempunyai keistimewaan makanannya yang tersendiri. Salah satu nya adalah dari Kapit,Sarawak. Di pekan Kapit ,terdapat satu tempat makan yang dinamakan Gelanggang Kenyalang atau dipanggil GK sahaja oleh penduduk tempatan. Di sini terdapat beberapa penjual Roti Canai Goreng Kapit.
Roti Canai Goreng Kapit ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga penduduk luar Kapit yang datang untuk merasa roti canai ini. Dinamakan Roti Canai Goreng Kapit kerana roti canai seperti ini hanya terdapat di Kapit, Sarawak sahaja. Keunikan ia juga adalah berbeza daripada roti canai mamak kerana cara memasak roti canai ini adalah digoreng.
Dimana doh yang dileperkan sebesar pinggan kecil dan digoreng dengan minyak yang panas dan banyak di kuali. Faktor kesukaran mendapatkan tempat pembakaran roti canai menyumbang kepada idea menggoreng menurut salah seorang penjual roti canai ini. Selain itu juga , roti canai ini dimakan bersama sambal nasi lemak dan kari ayam. Unik bukan.
Soal rasa….tidak cukup cara memasaknya yang berbeza kerana rasa nya sedap dan ranggup menjadi tarikan sebenar roti canai goreng ini. Lapisan roti canai ini juga lebih tebal daripada roti canai mamak yang selalu kita makan. Roti canai goreng Kapit terdapat dua jenis yakni roti canai kosong yang berharga Rm 2.00 dan roti canai telor berharga Rm 3.00. Roti canai kosong paling menjadi pilihan ,apatah lagi pekena air Teh C Peng
Oleh itu, kalau datang ke Kapit Jangan lupa merasa ok. Apa yang pasti roti canai goreng Kapit mempunyai rasa yang tak terlupakan. Bayangkan hari biasa pun boleh habis stok apatah lagi musim cuti.
