mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

 

 

Daerah Kapit dahulunya dikenali juga sebagai bahagian Ketujuh meliputi kawasan pedalaman selepas bahagian sibu . Luas kawasannya adalah 38,934 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit,belaga dan song. Ketiga-tiga daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kapit. Jumlah penduduk di bawah pentadbiran majlis daerah ini berdasarkan banci tahun 2000 adalah 98,841 orang. Jumlah penduduk untuk daerah Kapit sahaja berjumlah 56,709 orang.

Majoriti penduduk Kapit terdiri daripada kaum iban diikuti kaum cina dan Melayu. Kapit amat terkenal dengan hasil buah dabai dan durian . Bandar Kapit terletak di tepi sungai Rejang . Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan song dan belaga.

Demografi Kapit 

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu 18.7%; Cina 6.7%; Melayu 3.4% dan Melanau 1.2%. Terdapat kira-kira 564 buah rumah panjang di Bahagian Kapit. Kebanyakan rumah panjang tersebut terletak di sepanjang sungai-sungai utama. Aktiviti utama atau aktiviti ekonomi penduduk di Kapit ini adalah terlibat dalam sektor pembalakan dan pertanian (sara diri dan pindah) . Manakala bagi masyarakat Cina pula membuka perniagaan seperti kedai runcit, kedai makan dan sebagainya. 

Meskipun untuk pergi ke bandar tersebut hanya boleh dicapai dengan perahu ataupun bot-bot kecil, (perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari sibu dengan menggunakan bot-bot ekspres) atau dengan menggunakan pesawat ringan, itu adalah suatu kehidupan komersil dan terdapatnya pusat sosial di tengah-tengah sungai rajang ke rumah panjang masyarakat dan kem kayu. Ini adalah dasar yang sangat baik untuk menerokai rumah-rumah panjang berdekatan atau untuk menetapkan perjalanan Hulu Rajangdan sungai balleh. 

Parlimen Kawasan Kapit 

Kod

Kawasan

Nama Ahli Parlimen

P.125

Kapit

YB Datuk Alexander Nanta Linggi

N.63

Bukit Goram

En.Jefferson Jamit anak Unyat