mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

c2cffbaa-689f-46a0-9c92-c0b139cce918

TEMPAT MENARIK 

1. KANDANG RUSA ENCIK LULUT

Salah satu tarikan utama yang berdekatan dengan Pusat Internet Sungai Pelajau ialah Kandang Rusa Encik Lulut. Kandang rusa ini berdekatan di Sungai Tisa Nanga Yong Bukit Goram, Kapit dengan anggaran kira-kira 3km daripada pusat internet. Pengusaha ladang rusa ini iatu Encik Lulut menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan pada awalnya dan kini mendapat sambutan hangat ketika musim perayaan iaitu Hari Gawai dan Hari Krismas tiba. Selain daripada menternak rusa, beliau turut menternak ayam, itik dan lain-lain lagi. Para pengujung juga boleh berkunjung ke Kandang Rusa Encik Lulut ini. 

  c12e8a00-863d-44a3-9986-80ccb29a22ca

46daab21-985e-467e-b2fa-69cc08b45b12

 Kredit Gambar : Facebook Puan Rusheila 

 

2. SEBABAI WATERFALL, BUKIT GORAM KAPIT

Air terjun Wong Sebabai terletak kira-kira 10km dari pusat bandar Kapit dan mengambil masa 1jam lebih dari pusat internet. Sebabai Waterfall ini merupakan salah satu tempat menarik yang tersembunyi di Kapit. Bunyian, desiran air yang jernih, dalam persekitaran yang bersih. sungguh asyik permata Kapit. Apa yang menarik mengenai air terjun ini ialah ia merupakan hasil daripada pertemuan antara Sungai Sebabai Induk dan Sungai Sekangbang sehingga terbentuknya satu struktur air terjun yang mempesonakan ini.

Dari pemerhatian, starting point adalah di Rh. Bundong, Jalan Bukit Goram. Perjalanan/pendakian mengikut saliran Sungai Sebabai dengan jarak 2.4km sehala secara landai, mengambil masa lebih kurang 60 minit sahaja dengan pace santai. Jarak hanya 5km sahaja dari pusat internet. Pengujung terutamanya dari kawasan luar sering berkunjung untuk beriadah bersama-sama keluarga atau kawan-kawan ke Sebabai Waterfall. Selain itu, Sebabai Waterfall ini menjadi tempat wajib sekiranya ingin melakukan photografi. 

efcc84d0-c883-428a-b4b2-7102d2425cff  91fd1bb5-1f86-48cf-a6a3-6345ea419417  e259b490-814b-4747-a4a0-5347e640f447  202c10ce-00af-4b26-896e-cfdd657b03df

Kredit Gambar : Facebook Aidil Adha & Mimie James

 

3. RUMAH JANDOK, ULU YONG KAPIT

Rumah Panjang Jandok, Ulu Yong Kapit, Sarawak adalah satu-satunya masih mengekalkan ciri-ciri Rumah Panjang Traditional dan digunakan sebagai homestay. Material rumah panjang ini hampir diperbuat 100% daripada kayu. Perjalanan dari pekan Kapit hanya mengambil masa 30-45 minit dengan menaiki kereta. Dari pusat internet hanya 20minit sahaja.

Rumah Jandok ini banyak menempatkan tengkorak-tengkorak lama yang melambangkan simbol kekuatan, keberanian dan kehebatan pahlawan mereka pada zaman dahulu. Terdapat pintu gerbang di pintu masuk dan melintasi jambatan yang menyeberangi sungai. Keindahan alam semulajadi memikat hati pengujung yang berkunjung ke sini dan pasti menarik untuk dilawati.

593aecef-6998-497d-95b0-bf097984181c  9414cee8-3a4c-4c61-8b9d-e96ca154a8f2  

4a8df1a4-dc71-4122-bd5a-537181476a3e  95968086-0031-48cf-bca5-83b3de0a7ac2  

d997e77b-5289-4188-b012-e7c2a42bcff5  

Kredit Gambar : Facebook Alex Kanye Photography