Antara kemudahan pendidikan yang ada di Kapit adalah Giatmara, GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan kemahiran peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.
Antara Kursus Kursus yang di tawarkan di Giar Mara Kapit adalah;
- Mekanik Kenderaan Motor
- Pendawaian Elektrik Domestik
- Pembuat Pakaian Wanita
SEKOLAH KEBANGSAAN KAPIT NO 2 BAHAGIAN KAPIT
Ditubuhkan pada 2006 dan merupakan sebuah sekolah yang tercantik di seluruh Sarawak.