mcmc
Uncategorized

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT

Tajuk: Kempen Internet Selamat
Tarikh: 27 Ogos 2025
Masa: 10.30am – 11.30am

Lokasi: SK Nanga Yong, Kapit
OBJEKTIF PROGRAM:
Program Kempen Internet Selamat di sekolah merupakan satu inisiatif pendidikan dan kesedaran untuk melindungi murid daripada risiko penggunaan internet yang tidak selamat. Seramai 59 orang murid yang menyertai program ini.

Memberi pendedahan awal kepada murid tentang cara menggunakan internet dengan berhemah, bertanggungjawab, dan beretika.
Menekankan bahaya buli siber, penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu, serta kepentingan menjaga privasi dan kata laluan.
Membentuk murid yang lebih berdisiplin semasa melayari internet, meningkatkan kesedaran ibu bapa dan guru, serta melahirkan generasi celik digital yang selamat.
Program ini membantu murid mengenal pasti risiko internet dan mengamalkan etika penggunaan teknologi dengan selamat sejak usia muda.